Jumaat, 4 Julai 2014

MERANCANG HAJI UNTUK ANAK (MABRUR)

Tahukah anda bahawa jka anda daftar sebagai peserta haji di TH pada hari ini, naka nombor giliran yang bakal anda tunaikan haji adalah pada 40 - 50 tahun yang akan datang. Ertinya, jika pada hari ini anda berumor 40 tahun, maka anda layak menunaikan fardhu haji sewaktu berumor 90 tahun. Adakah pada waktu tersebut anda masih hidup, gagah dan perkasa untuk menunaikan fardhu haji? Atau pun anda sudah pun tidak layak tunaikan haji atas dasarkan TIDAK BERKEMAMPUAN FIZIKAL. Ataupun sebaliknya, badal haji saja yang layak dibuat untuk anda.
JANGAN jadikan anak anda senasib dengan diri anda. Berusia senja baru layak tunaikan haji. Juga jangan biarkan mereka daftar haji selepas mula bekerja. Kalau sewaktu itu baru mereka daftar mungkin juga akan sama dengan apa yang berlaku kepada anda. Katakan anak anda pada tahun ini berumor 10 tahun dan dia mula bekerja pada 15 tahun yang akan datang. Iaitu dikala berumor 25 tahun. Adakah jika daftar pada tahun tersebut nombor gilirannya masih 40-50 tahun? Mungkin pada tahun tersebut "waktu menunggu 70 - 100 tahun".

Oleh itu pada harini, SEGERAKAN daftar nama anak anda sebagai peserta haji dan rancang pemergian haji mereka dari sekarang!!



mabrur

1 ulasan:

Unknown berkata...

pelan Simpanan dan Perlindungan. call, whatapp, wechat, sms ke 010-4263006 (en faiz)